Assalamualaikum dan selamat
sejahtera...
Salam merdeka...dan salam patriotik
untuk semua...
Alhamdulillah esok merdeka..dan sempena
meraikan kemerdekaan esok...
Kita cuti dan dapat berehat....
Selamat hari merdeka dan selamat bercuti
ya...
Just nak ceciter tentang hidup dan
kehidupan...
Banyak sebenarnya dalam hidup nie yang
menarik untuk dikongsi ...
Jika kita memerhati...dan mcm last week
saya share tentang semut...
Betapa semut yang nampak menyusahkan
...saya dulu selalu blame semut buat pelupa...
Tapi attitude semut jika direnungkan
membina dunia kini...
Just semut...jika kita memerhati..dan
Yang uniknya semut adalah satu haiwan
yang lemah...dan kecil...
Hanya ada kat tepi rumah...atau
bawah...atau dalam kuih kita...
Lemahkan...pijak komfem mati...

Tapi bila dilihat penciptaan Allah
walaupun semut...tiada sia- sia..
Hanya apabila kita berhenti sejenak
berfikir tentang hikmah di atas penciptaan semut ini ......
Dan bila dok...tengok semut.....fikir
tentang bagaimana sikap semut yang tak pernah putus asa...
Dan bila kita perhati dan amalkan dalam
kehidupan ia mampu ubah dunia...
Tapi benda yang paling menarik
adalah...semut yang kecil mampu untuk ubah kita dan angkat darjat kita ke tahap
yang lebih baik..
Cuba bayangkan penciptaan Allah dengan
bumi yang terbentang luas ini..
Terlalu banyak yang kita boleh
belajar...
Dan jika kita mengembara dan
memerhatikan kehidupan di tempat lain dan apply...
Seperti mana kita perhatikan semut
danapply sifat semut yang tak pernah give up.....
Betapa banyak yang bisa mengubah hidup
kita.....
Teringat pula lagu Maher Zain 'Open Your Eyes'
Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.”
(An-Nahl: 68-69)
Semut dan dunia.....jika kita ambil
peluang melihat keajaiban dunia dan berfikir......
Seriously...kesan memerhati dan
berfikir sebagaimana kita memerhati semut dan lebah ......
.( Lebah dalam surah
An-Nahl) sgt luar biasa dalam hidup kita..
Macam mana Thomas Alva Edison boleh
berubah dalam kehidupan...Ant Never Quit...
Dan kita sebagai manusia kita sentiasa
ada pilihan dengan apa yang kita nak fikirkan...
Dan setiap hari ,tanpa kita
sedari.....kita kan membuat pilihan tentang apa yang kita nak fikirkan...
Percaya atau tidak....setiap apa kita
fikirkan akan mempengaruhi setiap langkah dan kehidupan kita...
Kurang faham.??? Simple sangat...
Tapi saya nak anda cuba bayangkan
sikit.....cuba lah Pakcik Edison nie...instead dia fikir jauh - jauh...fikir
dalam - dalam....tentang lebah...tentang semut...yang semut tak pernah give
up...
Dan dia malas nak berfikir secra
positif....tak nak berfikir yang kalau nak berjaya jangan menyerah...
Tapi dia nak fikir tentang jiran dia
kata ..
Apa org kampung dia cakap dia gila bila
dia duduk dalam garage buat mentol tak jadi..
Ayat org muda kita cakap Dia Amik
Port...
Dan start berfeeling cakap family tak
support....pastu buat group macam skang Group Saya Golongan 1%..... Complain..
Dan pilih unutk berfikir secara emosi
dan tidak memilih untuk berfikir tak nak give up macam semut....
Dan dia pilih untuk fikir tentang kalau
tak dapat buat lampu...takpalah...aku buat kerja lain....tanam pokok keladi
belakang umah.....
Rasa- rasanya yang akan terjadi pada
Pakcik Thomas....
Senang ja nak ramal kan.....
Pakcik Thomas akan jadi orang yang
biasa- biasa ja kan.....orang yang selalu kita jumpa....dan mungkin neon yang
cantik hari ini... Thomas Alva Edison yang give up
Dan tak pernah apply dan tak pernah
hayati tentang semut yang tak pernah give up dalam hidup beliau.....
Mungkin kita memerlukan 50 tahun lebih
lama untuk orang fikir tentang lampu......
Jadi besarnya hikmah hidup ini jika
kita memerhatikan..
Dunia akan menunggu lagi satu
dekad...satu abad..menunggu insan yang setiap hari memilih perkara yang betul
untuk difikirkan dan ambil tindakan......
Jadi Pakcik Edison buat keputusan untuk berfikir dan bertindak seperti semut untuk percaya pada impian mentol dia dan tak give up...
Bukan berbicara tentang apa orang kata pada dia sebab kegagalan dia yang beribu kali tu.
Pernah dengar tak tentang satu quote
nie.....
Saya selalu jadikan quote ni bila
berfikir...apakah aku di trek yang betul untuk berfikir...
Dan apa impaknya pada hidup kita....
Great minds talk about ideas, average minds talk about events, and
small minds talk about people – Eleanor Roosevelt
Wanita yang membangunkan banyak
pencapaian dalam Amerika dalam bidang kemanusiaan hanya kerana beliau memilih
betul apa yang dia fikirkan....
See!!!! Bila kita silap memilih untuk
apa yang kita fikirkan ...besar impaknya dalam kehidupan kita kan....
Jadi ia bukan setakat talks.....tapi if
we think....,
Cuba renung ayat di atas Small Minds
Talk About People...
Talk bermula dari think,,,,,
Jadi jika kita asyik bercakap tentang
orang lain.....maka kecilnya pemikiran kita....
Dan hasilnya..,,,,kita sendiri pun tahu
kan........
Contohnya cerita Pakcik Thomas kalau
dia ambil port apa orang cakap pada dia....
Yang mungkin dunia akan rugi seorang
yang akan merevolusi dunia....
Dan
di sini baru nampaknya cantik hikmahnya bila Allah SWT sendiri suruh
kita jangan bercakap banyak tentang orang lain...
Kadangkala mengumpat......dan anda
sendiri tahu hasil pemikiran yang terhasil bila kita terlalu banyak bercakap
tentang orang lain...Pemikiran yang kecil apa hasilnya,,,,
Takpa ...lihat balik gambar di atas....
Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah
bersabda :
"Ketika aku dimikrajkan (malam
israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah
daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku
itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab :
Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan
mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain".
Hadis riwayat Abu Daud.
Indahnya Islam......
Nak lihat hasil insan- insan yang
memilih untuk stop talking about event
and people....
Dan memilih untuk talk about great
ideas....eventually having a great attitude and great mind....
Dari kiri Martin Luther King Jr...yang
menghapuskan diskriminasi bangsa kulit hitam...
Dan cuba lihat...siapa kini menjadi
presiden US...yes ...orang kulit hitam...Barrack Obama
John Lennnon....
Steve Jobs..yang merevolusikan
kecantikan dan keunikandalam dunia komputer...dan waktu meninggal pun Samsung
bayar USD 3 billion pada syarikat mendiang...
Dan juga yang merevolusikan teori
realtiviti Fizik di seluruh dunia........mengubah persepsi Fizik di seluruh
dunia....
Albert Einstein,,,,
Dan lihat mereka bukanlah orang yang
mempunyai pelajaran yang tinggi...atau bijak sgt2 ...yang waktu saya ingat org
berjaya macam mereka nie kena genius sampai mereka boleh hafal satu buku,,,,
Bukan ...hanya kerana memilih cara
berfikir.....
Dan anda,saya dan kita semua setiap
waktu boleh memilih untuk membawa diri kita ke arah yang lebih baik...
“It is the set of the sails, not the
direction of the wind that determines which way we will go.” Jim Rohn
Maknanya setiap saat setiap waktu kita
ada peluang untuk berubah..
.
By Choose What To Think....
Saya pun sambil menyampaikan pada anda
memperingatkan diri saya sedikit demi sedikit.....
Dan saya akhiri tulisan tangan saya di
papan keyboard ini dengan sepotong ayat yang menjadi tunjang kejayaan kita di
dunia dan akhirat....
Al-Quran...
Tidakkah engkau memerhatikan
bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk
diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya?
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti
(untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi
sentiasa bersyukur. - Surah Luqman ayat 31
Maaf ya kalau tulisan saya ada yang
tersilap tulis...terkasar bahasa...hanya nak menukilkan pandangan...
Kita sama- sama ubah diri kita menjadi
sedikit-sedikit lebih baik dari semalam....
InsyaAllah....