Thursday, April 14, 2016

Bagaimana nak shape badan semasa turun berat badan?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Apa khabar dan selamat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan penuh keceriaan.

Bagaimana program turun berat badan anda? Saya berharap dapat konsisten setiap hari dan fokus menurunkan berat badan dengan membakar lemak lemak berlebihan dengan meal plan anda.
In shaa Allah,kunci kejayaan adalah istiqamah melakukan perkara yang sama setiap hari dan sentiasa mencari jalan agar hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ini Khalid kongsikan sedikit bagaimana mengatasi cabaran semasa turun berat badan,iaitu mendapat tone serta shape badan yang sesuai.

Berat yang sama,tetapi shape yang berbeza


Apabila kita dalam program turun berat badan,ramai yang berjaya menurunkan berat badan yang diidamkan,tetapi tidak mendapat bentuk yang selari dengan berat.Ini juga sering berlaku kepada coachees baru yang datang,pernah turun berat badan tapi tak dapat shape yang mereka inginkan.

Apa yang akan berlaku bila turun otot bukan turun lemak dan indikasi badan bila tak shape up?

Badan yang cukup otot akan shape,sebab otot pejal,sebaliknya
lemak besar dan lembik



2 perkara yang berlaku ,sama ada badan akan mengeleber atau muka akan jadi cengkung.Kulit mnggeleber berlaku apabila  lemak telah hilang,tetapi kulit dahulu yang membaluti lemak tetap kekal.Dan selain itu,apabila kelihatan tidak shape dan cengkung,itu sebenarnya menunjukkan bahawa otot yang telah dibakar bukan lemak.Ini terjadi akibat cara meal plan yang tidak tepat,atau banyak berlapar dalam program turun berat badan.

Semuanya tentang keseimbangan
Atur meal plan program anda dengan seimbang.

Jadi apabila fokus untuk turun berat badan,kuncinya adalah seimbang dalam setiap sudut.Bermaksud kunci asas makanan kita,iaitu fiber,protein,karbohidrat,air serta nutrisi harus seimbang.meal plan yang dirancang perlu mengandungi semua komponen di atas secara seimbang.Apabila kita tidak dapat menyeimbangkan mana-mana sumber makanan tersebut.Maka proses penurunan berat badan akan jadi tidak sempurna,dan mungkin sedikit sulit.,

Jadi  apabila anda mengatur meal plan,kandungan protein harus sesuai dengan keperluan badan.Untuk bagi pembinaan otot lebih stabil.Ingat ya,kandungan protein yang diperlukan adalah untuk megekalkan shape badan anda.Bermaksud otot yang tertinggal dapat dishape dengan lebih baik.




Senaman penting dalam pembentukan badan dalam proses penurunan berat badan.

Antara contoh weight lifting,yang boleh dilakukan
Selain itu cara bersenam juga penting,amalkan weight lifting dalam program anda,Senaman kardio penting ,tetapi bagi membina otot serta shape badan.Aktiviti yang bina otot sangat-sangat penting,supaya pembentukan otot baru lebih cantik.Selepas kita workout,otot dalaman akan tercedera,sebab tak biasa lagi.Dengan beri makanan berprotein selepas bersukan akan bina otot baru lebih baik.

Antara senaman selain weight lifting adalah squat,squat jump,burpees,dan push juga sit up.

Kajol sendiri pun membuat 200 squat setiap hari untuk shape badan beliau.Sukan sangat penting dalam pembinaan tone badan yang menarik.



Bagaimana nak elak dari terjadi cengkung atau bakar otot?

Jangan berlapar atau skip breakfast.



Sebenarnya apabila kita berlapar ,2 perkara cenderung akan berlaku: :
1) Badan perlukan tenaga semasa kita berlapar.Sumber tenaga pertama sekali yang akan digunakan bukan lemak tetapi otot.Badan akan ingat kita berada di situasi yang tiada makanan,kerana kita sedang berlapar.Jadi badan akan melakukan tindakan kecemasan,dengan bakar otot dahulu,untuk elakkan badan kehabisan lemak.Jadi lemak kekal,otot yang akan shape badan akan terbakar dan digunakan.

2)Badan lebih mudah menyimpan lemak dari membakar lemak,Bermaksud apa sahaja yang dimakan selepas berlapar akan terus diproses dan disimpan menjadi lemak.LEMAK MENJADI SANGAT MUDAH UNTUK DISIMPAN.Kenapa? Badan ingat yang kita akan berlapar lagi kerana tiada makanan,jadi untuk membantu survival,maka lemak yang banyak diperlukan.Storage ya.

Jadi apabila kedua-dua perkara di atas telah berlaku,maka ini yang menyebabkan penurunan berat berlaku,tetapi bukan lemak tetapi otot.

Ramai bertanya
Bagaimana nak tahu bahawa yang kita turun adalah lemak bukan otot?

Sangat-sangat simple,bentuk badan shape walaupun hanya 3 ke 4 kg turun.

Tetapi apabila kita turun otot,turun 8 kg,tetapi shape badan tidak berlaku,kebarangkalian mungkin turun otot bukan lemak.Tetapi indikasi yang paling mudah nak tahu sama ada kita turun lemak bukan otot adalah sepanjang program turun berat badan kita berlapar.

Jadi sekali lagi sebelum menutup tirai,ayat sweet sikit...

Perkara yang perlu dipastikan untuk dapatkan shape badan dalam proses penurunan berat badan

1)Meal Plan yang seimbang cukup semua karbohidrat,protein,fiber,air ,lemak dan nutrisi.
2)Tidak berlapar dalam program turun berat badan anda.
3)Mengambil kuantiti yang cukup bersesuaian dengan berat badan anda.
4)Variasikan aktiviti senaman anda,banyakkan weight lifting .Kardio diperlukan tetapi aktiviti untuk otot sangat penting.Ambil nutrisi dan protein sejurus selepas workout,
Team Cikgu dari Utara yang amalkan nutrisi
Walaupun turun banyak,tetapi badan memang shape
5)Minum air yang cukup,setiap 25 kg berat 1 liter air,jika berat 80 kg perlu 3.5 liter air kosong ya,

Amalkan pemakanan yang seimbang dan balance ya.

Sabar dari sehari ke sehari.Jangan terlalu mengharap perubahan drastik,tetapi cukup terbakar 400 ke 500 kalori sehari dari program turun berat badan anda,Khalid sharekan sedikit sahabat-sahabat saya yang berjaya shape up badan seiring dengan penurunan berat badan.


Kak Wan loose 14 kg ja,,,tapi body memang shape

Apa apa pun keep smiling dan enjoy the moment ya.In shaa Allah semuanya pasti akan tercapai.


Coach Abdul Khalid Abdul Mukti
0172305309 (Boleh whatssup ya soalan )
Coach For Weight Management

No comments:

Post a Comment