Friday, September 2, 2016

Happy bila on program

Assalamualaikum dan selamat pagi,
.
Apa khabar semua pada hari ini?
Khalid berharap bila anda sedang baca entry khalid pada kali ini,anda semua sedang on track dan enjoy dalam proses turun berat badan serta ubah gaya hidup dengan lebih baik.
.
Jadi bagaimana program anda pada kali ini,still on track atau celam celup,
Jika celam celup atau dok ulang proses yang sama jangan terlalu rasa rendah diri atau give up,itu adalah perkara yang normal dalam penurunan berat badan.
Apa yang harus dilakukan adalah sentiasa meraikan pencapaian anda dalam setiap  proses penurunan berat badan bersama coach dan sahabat dan ahli keluarga.
.

Jadi key yang paling penting dalam penurunan berat badan adalah sentiasa berfikiran positif dan enjoy the proses.Memang tak dinafikan penurunan berat tu adalah sesuatu yang sangat sangat mencabar bagi kita yang jarang sekali untuk melakukan perkara rutin yang hardcore seperti atlet,tetapi sebenanya bila kita rasa tak boleh sebenarnya kita boleh,
.
Bagaiamana kita nak tahu yang kita boleh lakukan? 
Simple sahaja,dengan kita rasa tiada beza antara kita dengan orang lan,fikirkan begitu,
Jika orang lain boleh lakukan kenapa bukan saya,
.
Jadi jika turun seminggu 0.8 kg,sebulan dah 3.2 kg
10 bulan dah 32 kg..
Banyakkan 32 kg lemak,jangan terlalu lihat apa yang kita dapat hari ini dan bandingkan dengan goal yang dilihat sangat sangat jauh itu.
.
Sebaliknya take a step back,enjoy penurunan yang berlaku dan terus inporve,
Think positive dan keep going..
Keep going...
Itlah kunci yang paling paling penting ya.

Thursday, April 14, 2016

Bagaimana nak shape badan semasa turun berat badan?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Apa khabar dan selamat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan penuh keceriaan.

Bagaimana program turun berat badan anda? Saya berharap dapat konsisten setiap hari dan fokus menurunkan berat badan dengan membakar lemak lemak berlebihan dengan meal plan anda.
In shaa Allah,kunci kejayaan adalah istiqamah melakukan perkara yang sama setiap hari dan sentiasa mencari jalan agar hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ini Khalid kongsikan sedikit bagaimana mengatasi cabaran semasa turun berat badan,iaitu mendapat tone serta shape badan yang sesuai.

Berat yang sama,tetapi shape yang berbeza


Apabila kita dalam program turun berat badan,ramai yang berjaya menurunkan berat badan yang diidamkan,tetapi tidak mendapat bentuk yang selari dengan berat.Ini juga sering berlaku kepada coachees baru yang datang,pernah turun berat badan tapi tak dapat shape yang mereka inginkan.

Apa yang akan berlaku bila turun otot bukan turun lemak dan indikasi badan bila tak shape up?

Badan yang cukup otot akan shape,sebab otot pejal,sebaliknya
lemak besar dan lembik



2 perkara yang berlaku ,sama ada badan akan mengeleber atau muka akan jadi cengkung.Kulit mnggeleber berlaku apabila  lemak telah hilang,tetapi kulit dahulu yang membaluti lemak tetap kekal.Dan selain itu,apabila kelihatan tidak shape dan cengkung,itu sebenarnya menunjukkan bahawa otot yang telah dibakar bukan lemak.Ini terjadi akibat cara meal plan yang tidak tepat,atau banyak berlapar dalam program turun berat badan.

Semuanya tentang keseimbangan
Atur meal plan program anda dengan seimbang.

Jadi apabila fokus untuk turun berat badan,kuncinya adalah seimbang dalam setiap sudut.Bermaksud kunci asas makanan kita,iaitu fiber,protein,karbohidrat,air serta nutrisi harus seimbang.meal plan yang dirancang perlu mengandungi semua komponen di atas secara seimbang.Apabila kita tidak dapat menyeimbangkan mana-mana sumber makanan tersebut.Maka proses penurunan berat badan akan jadi tidak sempurna,dan mungkin sedikit sulit.,

Jadi  apabila anda mengatur meal plan,kandungan protein harus sesuai dengan keperluan badan.Untuk bagi pembinaan otot lebih stabil.Ingat ya,kandungan protein yang diperlukan adalah untuk megekalkan shape badan anda.Bermaksud otot yang tertinggal dapat dishape dengan lebih baik.




Senaman penting dalam pembentukan badan dalam proses penurunan berat badan.

Antara contoh weight lifting,yang boleh dilakukan
Selain itu cara bersenam juga penting,amalkan weight lifting dalam program anda,Senaman kardio penting ,tetapi bagi membina otot serta shape badan.Aktiviti yang bina otot sangat-sangat penting,supaya pembentukan otot baru lebih cantik.Selepas kita workout,otot dalaman akan tercedera,sebab tak biasa lagi.Dengan beri makanan berprotein selepas bersukan akan bina otot baru lebih baik.

Antara senaman selain weight lifting adalah squat,squat jump,burpees,dan push juga sit up.

Kajol sendiri pun membuat 200 squat setiap hari untuk shape badan beliau.Sukan sangat penting dalam pembinaan tone badan yang menarik.



Bagaimana nak elak dari terjadi cengkung atau bakar otot?

Jangan berlapar atau skip breakfast.



Sebenarnya apabila kita berlapar ,2 perkara cenderung akan berlaku: :
1) Badan perlukan tenaga semasa kita berlapar.Sumber tenaga pertama sekali yang akan digunakan bukan lemak tetapi otot.Badan akan ingat kita berada di situasi yang tiada makanan,kerana kita sedang berlapar.Jadi badan akan melakukan tindakan kecemasan,dengan bakar otot dahulu,untuk elakkan badan kehabisan lemak.Jadi lemak kekal,otot yang akan shape badan akan terbakar dan digunakan.

2)Badan lebih mudah menyimpan lemak dari membakar lemak,Bermaksud apa sahaja yang dimakan selepas berlapar akan terus diproses dan disimpan menjadi lemak.LEMAK MENJADI SANGAT MUDAH UNTUK DISIMPAN.Kenapa? Badan ingat yang kita akan berlapar lagi kerana tiada makanan,jadi untuk membantu survival,maka lemak yang banyak diperlukan.Storage ya.

Jadi apabila kedua-dua perkara di atas telah berlaku,maka ini yang menyebabkan penurunan berat berlaku,tetapi bukan lemak tetapi otot.

Ramai bertanya
Bagaimana nak tahu bahawa yang kita turun adalah lemak bukan otot?

Sangat-sangat simple,bentuk badan shape walaupun hanya 3 ke 4 kg turun.

Tetapi apabila kita turun otot,turun 8 kg,tetapi shape badan tidak berlaku,kebarangkalian mungkin turun otot bukan lemak.Tetapi indikasi yang paling mudah nak tahu sama ada kita turun lemak bukan otot adalah sepanjang program turun berat badan kita berlapar.

Jadi sekali lagi sebelum menutup tirai,ayat sweet sikit...

Perkara yang perlu dipastikan untuk dapatkan shape badan dalam proses penurunan berat badan

1)Meal Plan yang seimbang cukup semua karbohidrat,protein,fiber,air ,lemak dan nutrisi.
2)Tidak berlapar dalam program turun berat badan anda.
3)Mengambil kuantiti yang cukup bersesuaian dengan berat badan anda.
4)Variasikan aktiviti senaman anda,banyakkan weight lifting .Kardio diperlukan tetapi aktiviti untuk otot sangat penting.Ambil nutrisi dan protein sejurus selepas workout,
Team Cikgu dari Utara yang amalkan nutrisi
Walaupun turun banyak,tetapi badan memang shape
5)Minum air yang cukup,setiap 25 kg berat 1 liter air,jika berat 80 kg perlu 3.5 liter air kosong ya,

Amalkan pemakanan yang seimbang dan balance ya.

Sabar dari sehari ke sehari.Jangan terlalu mengharap perubahan drastik,tetapi cukup terbakar 400 ke 500 kalori sehari dari program turun berat badan anda,Khalid sharekan sedikit sahabat-sahabat saya yang berjaya shape up badan seiring dengan penurunan berat badan.


Kak Wan loose 14 kg ja,,,tapi body memang shape

Apa apa pun keep smiling dan enjoy the moment ya.In shaa Allah semuanya pasti akan tercapai.


Coach Abdul Khalid Abdul Mukti
0172305309 (Boleh whatssup ya soalan )
Coach For Weight Management

Monday, April 4, 2016

KENAPA PERLU UBAH TOTAL GAYA HIDUP BILA NAK TURUN BERAT BADAN?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Apa khabar hari ini? Hopefully semuanya sihat dan sejahtera,dan dalam progress yang terbaik untuk dapat impian kita .Sama ada kesihatan atau kehidupan,kita sentisa menuju ke arah yang lebih baik,.

Hari ini saya nak share sedikit tentang pengalaman saya dalam program coaching untuk turun berat badan dan ubah gaya hidup,persoalan yang khalid dapat adalah berapa lama,kenap susah sangat atau bila nak patah balik kepada seperti dahulu.Keadan asal adalah boleh makan banyak dan enjoy semula pemakanan yang dikatakan pantang semasa berdiet.

yes..yes...makan!!


Ok jadi terlebih dahulu,saya akan terangkan bahawa,sebab apa berat badan kita naik?
Jawapannya :
Kita telah menambah kalori atau tenaga berlebihan dari pemakanan kita selama ini..
Bermaksud kita tak perlu pun tenaga dari makanan tersebut,tetapi kita makan juga,
Contoh yang banyak kali saya share adalah pemakanan seharian rakyat Malaysia.



Pagi : Nasi Lemak Kosong(yang berlipat dalam daun pisang tanpa lauk) + Teh O   = 650 calori
10 Pagi : Kuih 1 biji = 150 calori
1 pm : Nasi +Ayam +Sayur kuah banyak + Sirap Bandung = 900 calori
4 pm : Karipap 2 biji 300 calori
8 pm : Kueyteow Goreng + Telur Mata 900 kalori.

Total kalori 1 hari adalah 2900 calori...ini adalah normal,
Tak termasuk hari raya atau keluar berjalan.
Atau mengkerepek..maaf ya,istiah saya makan kerepek..
Boleh cecah 4000 kalori sehari.
Semuanya menjadi lemak!!!!



Berapa yang kita perlukan?
Lelaki Malaysia 2200 kalori
Wanita Malaysia 1500 kalori

Bayangkan lebihan lelaki (700 calori) wanita (1400 Calori)

Sepertimana yang kita ketahui,7700 kalori terkumpul = 1kg..
Saya biasa terang begini 700 calori sehari bertambah 100 gram lemak sehari..
Banyakkan ..itu untuk lelaki..wanita 200 gram sehari..
Lemak yang tidak diperlukan,,,,
Takutkan dengar..jadi cuba bayangkan....
Jika anda perlu turun 20 kg,bermakna 20 kg lemak yang perlu dibuang...

Masha Allah,dari pemakanan kita dan gaya hidup kita

Jika 20 kg,,,,bermaksud 150,000 ke atas kalori berlebihan yang telah terkumpul..



5 paun adalah 2.5 kg lemak,20 pound adalah 9.9 kg lemak!!!



Jadi bagaimana diet secara konsepnya,membuang lemak?
Setiap hari,meal plan yang disusun secara coaching adalah 1000 kalori sehari.
Jadi jika wanita,akan bakar lebihan 500 kalori,
Dan lelaki 1200 calory sehari..
Tapi ingat..bukan proses sehari atau seminggu..sebab jika 500 calory sehari bersamaan 90 gram lemak,,
Perlu berusaha utk buang lagi 19.9 kg lemak,atau 153,500 kalori lagi..
Lemak di atas ya....
Bayangkan terlebih 2.5 kg lemak sahaja


Banyakkan...sebab itu proses bukan sehari...tetapi berbulan-bulan.
Dan selepas turun berat badan.1 lagi proses yang perlu diingat....
Teruskan....sampai bila...
Sampai bila-bila..cuma..bonusnya kalori bukan lagi 1000 kalori utk meal plan.
Tapi ikut metabolisma asas...iaitu lelaki 2200 kalori,wanita 1500 calory

Kami masih enjoy makan,tapi berdasarkan metabolisma,,lebih mudah sekarng.Coaches Berjumpa


Jadi sebab itu penting sangat-sangat ada tambahan bersukan,untuk bantu bakar lemak lebih banyak.Dalam 1 hari,sekali berjoging dah bakar 200 calory...sikitkan,,tapi banyak perubahan akan berlaku..jika kita consistent setiap hari.

Lemak lama perlu dibakar...lemak baru jangan pula dibina ya..

Denagn itu perubahan gaya hidup mesti dilakukan,nak tak nak kena buat.Jika tak akan jadi yoyo,turun 3 kg..naik 3 kg...sampai bila betulkan.
Sebab itu coach itu penting dan mindset positif dan konsistensi sangat -sangat penting.

Jadi..jom ubah tabiat makan,,kita tak perlu kalori lebih tu,hanya jadi lemak sahaja nanti..Kan?

Assalamualaikum dan selamat malam.




Abdul Khalid Abdul Mukti
Jurulatih Turun Berat Badan dan Gaya Hidup Sihat Aktif.
Whastup saya di 072305309
Follow me on IG @coachkhalidmukti di IG ya

Saturday, March 26, 2016

Bagaimana untuk tidak stress ketika proses turun berat badan?

         Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semoga hari anda bertambah baik pada hari ini,in shaa Allah.


Hari ini Khalid nak share sedikit tips diharap boleh membantu anda atau sesiapa dalam program pengurusan berat badan.Moga dapat membantu mencapai hasil dengan lebih positif dan menyeronokkan

Ramai yang apabila Khalid coach,dan jumpa dalam proses berat badan,ataupun yang baru terfikir nak bermula bertanya...

Susah kan,berapa lama,sampai bila kena berlapar,mahal ker? Dan pelbagai persoalan,yang diajukan menunjukkan program penurunan berat badan adalah proses yang rumit,penat,dan stress.
Bilalah aku boleh makan balik?Stressnyer

Tidak dinafikan,apabila kita nak turun berat badan yang berlebihan,perkara pertama yang keluar adalah 

DIET!!! Diet adalah bagaikan penjara yang kita tak boleh makan apa yang sedap sedap.Dan pasti hidangan atau menu terbayang sayur sayur...ikan rebus dan sayur...

Bila memikirkan begini,pasti-pasti kita akan bertambah stress.Belum lagi bermula...sebab itu perkara pertama yang terbayang...kalau boleh turun 10kg...sebulan..lepas ni nak makan sepuas-puasnya.

Saya sendiri pun nak ubah dari makan 6 kali kepada 2 kali...dan healthy lagi bila makan,faham ia bukan proses mudah...tapi sebenarnya sangat-sangat berbaloi.

Jadi jika anda bertanya lagi soalan tersebut kepada Khalid,saya mungkin tiada jawapan yang tetap.Kerana ia adalah subjektif,pandangan setiap manusia berbeza-beza.Tapi apakata,khalid bawa pendekatan berbeza sedikit,ubah cara kita berfikir....

Apabila kita naik berat badan...maka yang terlebih dalam badan kita adalah lemak.Betulkan...
Jika yang naiknya otot,pasti-pasti kita dah sado,jika berat ideal 55 kg...tapi atas penimbang 80kg...Dan kita memang jarang workout...pasti-pasti 25 kg adalah lemak,,,Bayangkan lemak 25 kg...

Ini baru 500 gram lemak,kalau 25 kg?


Cuba fikirkan andai,kita tidak ambil langkah pencegahan dan berubah,ulang sahaja gaya pemakanan yang membawa kita ke berat ini.
Pasti sekali berat kita akan jadi dua kali ganda extra...
Cuba bayangkan ..3 tahun dari sekarang...berat telah bertambah 25 kg lagi..

Pasti kecergasan kita akan berkurang,dan lemak lebih banyak dalam badan berbanding dahulu.

Badan akan cepat letih,tidak selesa dan rasa tidak segar.
Cuba lihat pakaian apa yang boleh dipakai?
Pasti kita sendiri tidak suka..bukan...sebab kena beli semuanya baharu.

Berat badan dijaga bukan kerana penampilan sahaja ya,Apabila kita telah berlebihan berat badan,mengikut kajian risiko  penyakit akan meningkat sebaik sahaja berat badan kita meningkat.
Malah,jika kita menurunkan berat badan,kita sebenarnya mengurangkan risiko penyakit gaya hidup.


Bayangkan risiko penyakit akibat lemak berlebihan!!!


Dan cuba bayangkan,dalam keadaan badan yang tidak segar,kita mengulangi makanan yang sama,kalori tinggi dan berminyak.Betul ker?
Betul,sebab ia telah jadi tabiat kita.Sebenarnya apabila kita mengulangi tabiat makan tidak sihat selama 21 hari.Ia akan jadi tabiat yang kuat.

Maksudnya bila kita diberikan buffet makanana yang banyak,,,kecenderungan kita memilih makanan yang membuatkan kita naik berat badan sangat tinggi,Jadi walaupun diri dah rasa bersalah,tapi kita tetap ambil kerana telah menjadi blue print dalam minda kita...Kita perlu makan makanan tersebut.

TABIAT!

Dalam keadaan berat badan berlebihan,tidak selesa,penat letih,dan stress,kita terpaksa untuk makan yang sama.Ingin berubah tapi rasa sukar sangat,
Owh ya sebab apa kita cepat letih bila naik berat badan,sebab kita terpksa menggalas beban berlebihan.

Cuba bayangkan andai kita terlebih 25 kg dari berat ideal.Ia diumpamakan kita membawa 5 kampit beras 5 kg.Wow ..beratkan...

Ok,yang khalid sebutkan adalah perkara yang akan berlaku andai kita tak berubah,
Jika kita berubah,pasti berbagai yang boleh kita nikmati...
Dan rasa lebih segar....
Dan 6 hari makan sihat....1 hari makan sepuas-puasnya..
Boleh cuba itu..cuba ini...tanpa perlu risau elok ke tak elok ker..


YEAY...HARI ENJOY!!



Sebenarnya,cara kita berfikir itu yang perlu berubah,sebnarnya makan secara sihat sedap.
Cuma kebiasaan kita yang menyebabkan untuk mencuba sesuatu yang baru,buat kita risau..dan takut.
Selain itu,kita kerap terfikir apa orang kata.

Khalid bagi tips senang,nanti boleh pakai yang sesuai,atau rasa lebih segar....kita yang akan dapat manfaat.Bukan pengkritik tetap ya.

Dan apabila kita meningkat usia,lebih 29 tahun.Metabolisma kita makin rendah,proses pemulihan kita makin lambat,dan otot makin mengecut,tulang makin rapuh.
Bermaksud,cara pemakanan makan saja,setiap hari tidak sesuai sangat-sangat untuk badan dan kesihatan tubuh badan.

Jadi sebenarnya,kita bukan berdiet,tetapi kita sedang mendidik diri kita cara pemakanan yang betul.
Yang sebenar-benarnya untuk badan kita,




Dan sebenarnya,kemahiran turun berat badan ini adalah skil yang sangat penting.Nanti bila ternaik,mudah sahaja untuk turun.Sebab kita dah mahir.
Bagi sesiapa yang baru bermula proses ini,ini adalah pelaburan terbaik untuk anda.
Seperti mana kami di Road Trip Hatyai makan aduhai memang banyak..dan semua naik 2 kg...




Tapi selepas pulang sahaja...dalam seminggu semua berjaya menghilangkan 2 kg tersebut.
Sebab mahir,2kg lemak ya bukan otot ya.

Anda pasti boleh lakukan,in shaa Allah.Sebab itu mindset adalah 100% kunci pengekalaan berat badan atau penurusan berat  badan atau sihat.

Selamat pagi sekali lagi.
Coach Khalid 
Jurulatih Pengurusan Berat Badan
Boleh PM atau whatsuputk pertanyaan tentang turun berat badan
0172305309



Friday, March 18, 2016

EAT CLEAN? MAHU TAPI SGT BOSAN....



Apabila kita baru bermula untuk tampil kurus dan lebih sihat,idea pertama keluar pasti-pasti adalah DIET dan amalkan pemakan secara sihat.

Tetapi bila ditanya pada setiap individu...bagaimana mahu berdiet ,
Antara jawapan...-tak mahu makan..-elak makan nasi -makan sayur sahaja -diet protein -tidaqk bersarapan

Dan kadang-kadang kita berjumpa,mungkin kawan-kawan kita sudah berdiet..tetapi berat tidak turun..
Mungkin cara tidak tepat...ataupun kebanyakkan kita menggunakan logik...
Tak makan ..maka lemak terbakar...
Bersenam akan bakar lemak lama...

Adakah ia semudah itu...? Pasti-pasti tidak...

Teatpi sedikit kunci Khalid boleh share adalah dengan pemakanan yang sihat,bagi mereka yang alami cabaran berat badan,cuba amati adakah kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat atau tidak?

Pasti...cuba renung apakah habit pemakanan kita? Nilaikan..pasti apa yang dimasukkan ke dalam badan semasa kita lapar,hanya cukup melepaskan rasa lapar...tetapi kalori tinggi..

JADI...JIKA CARA BEGITU KITA NAIK BERAT BADAN..
.PASTI UNTUK DAPAT BERAT IDEAL...
CRANYA ADALAH SEBALIKNYA KAN...


Mari kita bermula dengan

TABIAT PEMAKANAN SIHAT 

Credit kepada Majalah Rapi Mac 2016

Apa itu Eat Clean?
Sebenarnya Eat Clean bukan sesuatu yang baru atau suatu konsep diet tetapi ia adalah tabiat pemaknan sihat.
Ia adalah membuat pilihan makanan yang lebih sihat dalam setiap kumpulan makanan yang tinggi dalam kandungan lemak,garam,gula dan makanan diproses.Sebenarnya amalan eat clean adalah kita mengambil kuantiti seimbang setiap keperluan kita di dalam piramid makanan,Ingat ya,punca kita pemakanan kita menjadi kurang sihat adalah kerana kita banyak ambil makanan yang tak sepatutnya kita makan....berlebihan.

Jadi eat clean adalah amalan pemakanan yang dapat gabung kumpulan nutrien penting serta cukup keperluan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.Jadi eat clean sebenarnya untuk memberi kita tenaga juga....bukan dengan hanya berlapar.

Sebenarnya setiap pemakanan di dalam piramid makanan adalah penting dari pelbagai jenis fungsi dan kebaikan..Eat clean lebih tepat ,pemilihan makanan yang lebih sihat diutamakan dalam setiap kumpulan makanan,Antara amalan eat clean adalah :

1)Pemilhan karbohidrat kompleks dan produk berasaskan bijirin penuh daripda karbohidrat ringkas.
2)Pegambilan dua sajianm buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari.

3)Pengambilan sumber protein dengan cara masakan lebih sihat tanoa penggunaan minyak yang banyak.
4)Penambilan makanan dalam kuantiti yang sederhana.
5)Tidak mengambil makanan yang tinggi kalori,lemak,garam ...dan gula.Terdapat banyak makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan nutrien yang lain.
6)Tidak mengambil makanan yang diproses tetapi lebih kepada pengambilan makanan yang segar atau menggunakan cara masakan yang lebih sihat seperti panggang,stim,rebus dan bakar.

 
Semua tak boleh dimakan ke kalau nak sihat?

Berita baik...
Eat clean boleh diamalkan oleh semua orang pada setiap peringkat umur kerana ia adalah amalan pemakanan sihat.Jadi tidak semestinya wanita sahaja mengamalkan eat clean.Teatpi apabila seseorang wanita mengambil makanan sihat juga secara tidak langsung dapat mendidik keluarga juga menjadi lebih sihat dengan tabiat pemakanan ini.

Sebenarnya,eat clean dan eat healthy adalah kunci kepada pengekalan berat badan yang sihat dan pencegahan penyakit berkaitan pemakanan.Ianya juga berkesan untuk menurunkan berat badan jika diamalkan secara konsisten.

Melalui perkonsian Munirah Mohd Nasir,Penolong Pengarah Pegawai Sains Pemakanan Bahgian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam majalah Rapi,eat clean tiada keburukan.Dan formula untuk kela sihat yang perlu kita sentiasa ingat adlah makan secara sihat serta aktiviti fizikal.Kedua-duanya sama penting.
Bersnam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Tidak ada jalan pintas untuk sihat,sama ada tua atau muda,
Ramai juga yang obses dengan eat clean ini sebab untuk cepat kurus sehingga berat ideal sahaja.Ingat ya eat clean perlu dilakuakan secara verterusan untuk mengelakkan serta pencegahan penyakit. ya.

CHEAT DAY?
Apabila kita terlalu mengatur makanan..hingga stress..kita membuat satu hari sebagai cheat day!   Lepas geram katanya...sebab stress seminggu. ..

Comelkan....

Boleh...seperti ini ya..
Sekiranya anda teringin makan sesuatu yang tinggi lemak,contohnya kek coklat,anda perlu tahu pada hari tersebut,,anda perlu tingkatkan aktiviti sipaya seimbvang kalori yang dimakan dengan yang dibakar.Apabila kita faham tentang kalori ini,berapa kadar metabolisma...In Shaa Allah..kita mampu kekalkan berat badan.

Eat clean sebenarnya sangat sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang menghidap penyakit.Kerana amlan yang ditekankan dalam eat clean dalah sgt sesuai,Bagaimanapun  tanya doktor dahulu ya.

Sebenarnya...adakah eat clean bosan...
Cuba kita ubah mindset dahulu..tanya soalan ini 
1)Adakah tabiat makan kita sebelum ini menyihatkan atau menggangu kesihatan kita?
2)Adakah  tabiat makan kita menyebabkan kita naik berat badan?
3)Adakah sekarang kita semakin berjaga-jaga untuk makan,akibat cabaran penyakit,serta makan terlbih sedikit berat badan naik?
4)Adakah kita sudah rasa pemakanan kita sekarang agak sama sepanjang masa,banyak minyak lemak gula garam,,dan akhirnya membuatkan badan kita letih sahaja dan lesu?

Jika ya untuk keempat soalan,tiba masanya berubah.
Sebab eat clean sebenarnya bukan sahaja beri peluang kita dapat rasa kesihatan kita dan kesegarannya,malah in shaa ALlah hingga ke hari tua kita tiada kawalan makanan,kerana  kiat berjaya menjaga kesihatan kita.

Sebenarnya ikut pengalaman khalid tak rasa lagi...jika dah rasa...
Pasti akan teruja dan best,

Berikut antara 8 langkah Eat Clean:

1)Makanan segar,sayur-sayuran yang dipetik dibelakang rumah,serta bukan diproses.
2)Pilih satu sahaja ya.JIka makanan mengandungi satu bahan,fikir tentang susu,brokoli,quinea,ayam dan sumber kekacang.
3)Makan mentah,untuk sayur dan  buah-buahan yang tidak dimasak dan diproses.
4)Pilih yang organik,kerana ia bebas bahan kimia,racun serangga.
5)Pilih makanan yang anda ketahui.Tahu isi kandungan,kalori,lemak,minyak gula dan garam,Jika tak tahu,baik kita elakkan.
6)Elakkan gula,jika masih nak makan...apa kata ambil madu,
7)Masak di rumah,selain kita dapat vkawal kandungan seperti minyak dan garam serta lain-lain.Kita juga dapat mengawal kebersihan 
8)Nikmat dan enjoy,fikir yang menarik bukan diet semata-mata.ulang selama 21 hari..dan tabiat kita akan jadi secara semula jadi,




 Ok..in next session Khalid share resepi healthy meal..atau eat clean...
Yang ini khalid share boleh bagi anda sedikit bayangan tentang eat clean..
Actually sgt2 best...in sha Allah..



Jenis aturan makanan bila eat clesan
Ingin ubah tabiat makan dan gaya hidup?
Turun berat badan dengan sihat?
Coach Khalid 0172305309

Saturday, February 27, 2016

SEDAR TAK SEDAR ...BERAT BADAN NAIK BERKILO!!!!!

SEDAR TAK SEDAR ...BERAT BADAN NAIK BERKILO!!!!!

Credit To Majalah Midi Ogos 2014

Sedar tak sedar selepas cuti,dan tahun baru,bila ditimbang berat badan naik pula,
Yang menakutkan pula adalah naik lebih 7 kilo,dan sebelum ini kita telah berusaha untuk turun berat badan 4 kg.

Seperti YOYO,naik dan turun,..turun 4 kg...naik 7 kg...

Baju baju tahun lepas yang memang masih lagi cantik,baru sudah ketat dan sendat.

Keluhan sebegini adalah normal terutamanya wanita.Bila dibandingkan dengan lelaki pun,wanita memang concern naik berat badan,sebab akan beri kesan besar kepada penampilan yang dirancang sebelum ini.

Okay,saya bagi sedikit paradigma baru,untuk renung balik,
Cuba tanya soalan,
Bagaimana boleh naik cepat sangat nie?

Waktu cuti dan tahun baru,cuba renung balik,berapa banayk kedai makan yang kita enjoy makan,apa sarapan pagi kegemaran kita,dan restoran lewat malam mana yang kita elalu pergi,serta berapa kerap???

Dan soalan penting....
770 kalori berlebihan satu hari....maka lahirlah 100 gram..
Lemak..aduhai....free2 ja kan.

Normal rakyat Malaysia terlebih 500 ke 1000 kalori sehari..
Hampir 80 ke 120 gram lemak setiap hari.
 
 
Renungkan...aduhai!!!


Daripada ramai yang berwaspada untuk menjaga berat badan,tak ramai kita yang menjaga kalori bila makan?
Tapi ramai yang bila diajak lepak..maka nasi lemak atau lauk pauk..bila lunch ramai-ramai...mana nak makan simple simple...

Atau keluar di shopping kompleks...mesti singgah di restoran selalunya..bukan healthy food.

Dan lepas bekerja...terasa melonjak lonjak nafsu untuk makan heavy,sebab rasa nak reward diri,tetapi sebenarnya sepanjang hari dah terlbih 1000 kalori.

Jadi bila dah naik,jangan merungut ya,hehehheheh.

Sebab itu,kita perlu selalu update dan engage dalam pemakanan dan kalori,serta pemakanan sihat yang badan perlukan.

Boleh tanya khalid juga jika keliru ya,
Text 0172305309

Dengan kawal pemakanan,kita juga boleh kawal pelbagai jenis penyakit terutama di pertengahan usia...30 tahun dan ke atas,
 
 
Dan pesanan akhir....

DIRI KITA SENDIRI YANG BERTANGUNGJAWAB TERHADAP APA YANG BERLAKU PADA BADAN KITA!

Jom jaga..jaga makan,,,,dan bersukan serta psoitif..
Tanpa sedar kesihatan terjaga!

Coach Khalid 0172305309

CABARAN TURUN BERAT BADAN 30 HARI SECARA ONLINE SESI KE 8.

CABARAN TURUN BERAT BADAN 30 HARI SECARA ONLINE SESI KE 8.






CABARAN BERMULA 29/2/2016 hingga 27/3/2016
TURUN 3 KG HINGGA 80 KG+
Cabaran ini mengambil masa selama 30 hari utk membantu anda mendapatkan berat badan ideal anda.

Benefit Yang Ditawarkan Kepada Peserta:
✔Coaching secara personal utk bantu ubah tabiat pemakanan selama 30 hari
✔Team Jurulatih berpengalaman seluruh Malaysia berpasukan dgn anda utk turun berat badan
✔Fitcamp ✔Online Kelas Bersukan
✔Pelan pemakanan peribadi yang elak dari berlapar dan kenyang,MASIH boleh makan nasi tapi turun berat badan.
✔Trainee akan dilatih untuk turun lemak bukan otot,bina bentuk badan yg menarik. ✔PEMENANG AKAN DAPAT WANG TUNAI LUMAYAN DAN TURUN BERAT BADAN💲💲💲💲💲 ✔DAFTAR SEKARANG

Apa Yang Diperlukan :
✔Penimbang digital utk melihat bacaan walaupun jauh
✔Sambungan Internet seperti Whatsap,IG,Fb atau Emel.

Tarikh tutup adalah 3 MAC 2016

Contact Whatsap/ SMS
COACH KHALID 0172305309
Saya berjaya dapat berat badan ideal 65 kg

DIET? BUKAN,IA ADALAH PEMAKANAN SECARA SIHAT DAN TERATUR.Apa baiknya,..LAPAR SAJA DAN TAK ENJOY!!!


Ramai bila ditanya apabila mereka tujuan berdiet,atau ubah pemakanan,
Jawapannya pasti nak nampak lebih cantik dan tubuh badan menarik,serta langsing.
Tapi sebenrnya banyak faktor lain yang membuatkan penting untuk kita makan secara sihat.



1.Diet selain menurunkan berat badan,tetapi ia juga membantu percernaan kita menjadi lebih baik serta lebih bersih.Jelas ini sangat penting.

2.Berdiet juga dapat mengelakkan penyakit berbahaya yang akan menggangu sistem pencernaan,dan aia juga menghindarkan kita dari diserang penyakit berbahaya seperti kanser.

3.Berdiet juga sebenarnya akan membantu kita dapat berehat dengan pola waktu yang betul,serta menjadikan tidur kita lebih berkualiti.Pada masa yang sama,pola pemakanan juga lebih tearatur .

4.Diet secara seimbang,teratur dapat menjadikan badan menjadi lebih sihat.

5.Menjadikan kita lebih berdisiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

6.Membantu kita membina kenyakinan dalam pergaulan seharian kita.

7.Hidup akan lebih kurang stress serta badan akan jadi lebih segar dan kita lebih ceria.

8.Penyakit diabetes atau dipanggil mudah kencing manis,sering menyerang mereka yang berbadan gempal serta tidak melakukan gaya hidup secara sihat.

9.Tak perlu bergantung sepenuhnya pada uba-ubatan.

10.Berdiet juga beri bdan kita berpeluang utk berehat,dan berfungsi pada kadar sederhana,sebelum ini makan,5 kali,tak berhenti mereka bekerja dari pagi sampai lewat malam.

11.Diet juga dapat beri peluang pada perut untuk membersihkan dalaman kita,sebab jika pagi minyak dan gula...sampai ke malam.Badan dan perut tiada masa untuk pembersihan berlaku.

12.Pasti,jika istiqamah dan konsisten,bentuk bdan akan jadi lebih menarik kan.
Credit to Majalah Rapi Feb 2016

Jadi cuba bandingkan,antara makan secara tidak sihat,atau enjoy sahaja makan,,setiap hari,pasti kita tak dapat merasai 12 benefit ini.
Seminggu sekali,enjoy makan,dan nikmati apa yg kita nak makan.,dan esoknya bersukan!
Selamat mencuba ya.,owh bukan cuba..selamat komited ya.
Coach Khalid 0172305309

Tuesday, January 26, 2016

10 PERKARA YANG WAJIB BUAT JIKA NAK KURUS!

                                           

10 PERKARA YANG WAJIB BUAT JIKA NAK KURUS!
1. Minum air kosong at least 3 liter sehari. Lagi banyak lagi bagus.
2. STOP bicarbonate drinks, minuman dalam tin atau botol. SEMUA. Hidden sugar & calories tetap tinggi walaupun minuman yg membekalkan tenaga.
3. Jangan skip breakfast. Kesalahan paling besar ni!
4. Kurangkan karbohidrat, not advisable untuk terus stop makan nasi. Melainkan memang dah buat keputusan tak nak makan nasi.
5. Nikmati makanan anda. Jangan habiskan makanan dalam keadaan tergesa-gesa.
6. Control stress. Stress boleh stimulate steroids hormone. Makin stress, makin nak makan banyak, makin gemuk.
7. Tidur secukupnya. Tidur pun dapat bakar kalori tau!
8. Snacking. Ambil healthy snacking in between meal. Buah la paling senang. Dapat tolong naikkan metabolism badan dan mengurangkan nafsu untuk makan banyak masa meal time. Contoh, kalau anda skip snacking pukul 10 pagi, nanti masa lunch sure rasa lapar macam nak makan orang kan?
9. Stop makan makanan berat selepas jam 8 malam. Makan nasi awal. Kalau lapar tengah malam, ambil healthy snacking, bukan makan meggi, burger atau biskut cicah milo.
10. Bersenam 3x seminggu. Kat rumah pun boleh buat. 10-15min jadi lah. Janji keluar peluh.
Tanpa usaha, impian tak kan tercapai. Jimatkan masa dengan usaha yg betul. Jangan buat sesuatu yg sia-sia, sampai bertahun-tahun pun berat tak turun-turun. Lagi sedih kalau makin bertambah.



Coach Khalid 0172305309

Wednesday, January 13, 2016

Konsep turun berat badan yang tidak tepat.

                                 Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

Hopefully yang sedang scroll mencari info tentang gaya hidup sihat aktif,serta tips turun berat badan selepas ini boleh amalkan sesuatu yang lebih baik dari perkongsian khalid kali ini.

Ramai yang mencuba pelbagai cara untuk turun berat badan,tetapi gagal...
Dahlah cara yang gagal pun memerlukan komitmen serta masa...bila tiada hasil atau jadih lebih teruk pastilah akan rasa kecewa..
Benarkan...jadi jom kita chek sama ada kita sedang melakukannya ???

Kesilapan yang difahami dari potong karbohidrat hingga skip makan?Yup silap tu yer...

Pertama sekali yang perlu difahamai bahawa kajian menunjukkan dengan kerap bersukan serta konsisten makan secara sihat,dan seimbang adalah cara yang paling penting untuk turun,serta kekalkan berat.Jadi lepas ni jika dengar ada cara baru berdiet,fikir dua kali ya...

1) Karbohidrat adalah tidak baik.

Dalam percubaan untuk turun berat badan,tanpa sedar kita setuju bahawa nak elak baik berat badan perlu untuk potong karbo sebanyak mungkin, dari pemakanan kita.

Bagaimanapun dalam diet yang sihat,karbohidrat ini sumber tenaga...nak wat kerja seharian...
Jadi sgt2 penting ya!Yang disalah faham adalah makan karbohidrat kompleks seperti pasta,roti oatmeal,dan pengambilan fiber,,



Karbohidrat yang cuba dipotong adalah karbohidrat ringkas,jika aktiviti seharian kita pasif sentiasa,,,
Contohnya duduk sahaja,



2)Elak ambil hidangan lengkap  akan bantu turun berat badan.

Jika kita tak makan hidangan lengkap seperti makan tengah hari,apa yang berlaku ...Kita akan jadi lebih lapar,dan maka lebih mudah untuk makan makanan yang tidak sihat,
Selain itu kita akan ketinggalan pengambilan nutrisi yang penting untuk badan,dan badan akan kekurangan gula  yang menyebabkan kita menjadi sangat letih.

3)Tukar semua makanan kepada Low Fat atau Rendah Lemak



Nampak seperti sesuai bukan...tetapi dalam proses menyediakan makanana low fat,apa yang berlaku adalah kaloi yang akan naik ,kerana penambahan gula.
Teruskan seperti biasa cuma kurangkan sahaja ya.

4)Pengiraan kalori adalah perkara yang paling penting

Ya,pengiraan kalori sangat-sangat penting dalam penngurusan berat badan,tetapi kadangkala terlalu melihat kalori yang diambil,selalu terabai zat nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Dan jika lihat sebagai contoh..

Perlu 1000 kalori...maka teh tarik dan nasi goreng adalah 1000 kalori.
Tapi tetap kurang sesuai untuk oengurusan berat badan.
Jadi pengiraan kalori sahaja tidak cukup untuk turun berat badan dan jadi lebih sihat.,
Turun berat badan bukan semata-mata mahu kurus tetapi sihat juga ya.

5)Tidak boleh makan pada waktu tertentu.

Sebenarnya badan kita tak tahu,siang ,pagi petang atau malam.
Jadi tidak ada waktu yg memang tidak boleh makan....
KECUALI pada lewat malam...serta makanan yg heavy di lewat malam.

Ok..itu sahaja perkongsian Khalid untuk kali ini...
Hoepfully dapat membantu dalam pengurusan berat badan anda di tahun baru ini..
In Shaa Allah...

Dan mudah senang...oh ya..
Fit Camp kami akan diadakan pada setiap Jumaat di Taman Tasik Titiwangsa.
Jam 8,45 pm...Jom jom dtg ya.