Thursday, April 14, 2016

Bagaimana nak shape badan semasa turun berat badan?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Apa khabar dan selamat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan penuh keceriaan.

Bagaimana program turun berat badan anda? Saya berharap dapat konsisten setiap hari dan fokus menurunkan berat badan dengan membakar lemak lemak berlebihan dengan meal plan anda.
In shaa Allah,kunci kejayaan adalah istiqamah melakukan perkara yang sama setiap hari dan sentiasa mencari jalan agar hari ini lebih baik dari semalam.

Hari ini Khalid kongsikan sedikit bagaimana mengatasi cabaran semasa turun berat badan,iaitu mendapat tone serta shape badan yang sesuai.

Berat yang sama,tetapi shape yang berbeza


Apabila kita dalam program turun berat badan,ramai yang berjaya menurunkan berat badan yang diidamkan,tetapi tidak mendapat bentuk yang selari dengan berat.Ini juga sering berlaku kepada coachees baru yang datang,pernah turun berat badan tapi tak dapat shape yang mereka inginkan.

Apa yang akan berlaku bila turun otot bukan turun lemak dan indikasi badan bila tak shape up?

Badan yang cukup otot akan shape,sebab otot pejal,sebaliknya
lemak besar dan lembik



2 perkara yang berlaku ,sama ada badan akan mengeleber atau muka akan jadi cengkung.Kulit mnggeleber berlaku apabila  lemak telah hilang,tetapi kulit dahulu yang membaluti lemak tetap kekal.Dan selain itu,apabila kelihatan tidak shape dan cengkung,itu sebenarnya menunjukkan bahawa otot yang telah dibakar bukan lemak.Ini terjadi akibat cara meal plan yang tidak tepat,atau banyak berlapar dalam program turun berat badan.

Semuanya tentang keseimbangan
Atur meal plan program anda dengan seimbang.

Jadi apabila fokus untuk turun berat badan,kuncinya adalah seimbang dalam setiap sudut.Bermaksud kunci asas makanan kita,iaitu fiber,protein,karbohidrat,air serta nutrisi harus seimbang.meal plan yang dirancang perlu mengandungi semua komponen di atas secara seimbang.Apabila kita tidak dapat menyeimbangkan mana-mana sumber makanan tersebut.Maka proses penurunan berat badan akan jadi tidak sempurna,dan mungkin sedikit sulit.,

Jadi  apabila anda mengatur meal plan,kandungan protein harus sesuai dengan keperluan badan.Untuk bagi pembinaan otot lebih stabil.Ingat ya,kandungan protein yang diperlukan adalah untuk megekalkan shape badan anda.Bermaksud otot yang tertinggal dapat dishape dengan lebih baik.




Senaman penting dalam pembentukan badan dalam proses penurunan berat badan.

Antara contoh weight lifting,yang boleh dilakukan
Selain itu cara bersenam juga penting,amalkan weight lifting dalam program anda,Senaman kardio penting ,tetapi bagi membina otot serta shape badan.Aktiviti yang bina otot sangat-sangat penting,supaya pembentukan otot baru lebih cantik.Selepas kita workout,otot dalaman akan tercedera,sebab tak biasa lagi.Dengan beri makanan berprotein selepas bersukan akan bina otot baru lebih baik.

Antara senaman selain weight lifting adalah squat,squat jump,burpees,dan push juga sit up.

Kajol sendiri pun membuat 200 squat setiap hari untuk shape badan beliau.Sukan sangat penting dalam pembinaan tone badan yang menarik.



Bagaimana nak elak dari terjadi cengkung atau bakar otot?

Jangan berlapar atau skip breakfast.



Sebenarnya apabila kita berlapar ,2 perkara cenderung akan berlaku: :
1) Badan perlukan tenaga semasa kita berlapar.Sumber tenaga pertama sekali yang akan digunakan bukan lemak tetapi otot.Badan akan ingat kita berada di situasi yang tiada makanan,kerana kita sedang berlapar.Jadi badan akan melakukan tindakan kecemasan,dengan bakar otot dahulu,untuk elakkan badan kehabisan lemak.Jadi lemak kekal,otot yang akan shape badan akan terbakar dan digunakan.

2)Badan lebih mudah menyimpan lemak dari membakar lemak,Bermaksud apa sahaja yang dimakan selepas berlapar akan terus diproses dan disimpan menjadi lemak.LEMAK MENJADI SANGAT MUDAH UNTUK DISIMPAN.Kenapa? Badan ingat yang kita akan berlapar lagi kerana tiada makanan,jadi untuk membantu survival,maka lemak yang banyak diperlukan.Storage ya.

Jadi apabila kedua-dua perkara di atas telah berlaku,maka ini yang menyebabkan penurunan berat berlaku,tetapi bukan lemak tetapi otot.

Ramai bertanya
Bagaimana nak tahu bahawa yang kita turun adalah lemak bukan otot?

Sangat-sangat simple,bentuk badan shape walaupun hanya 3 ke 4 kg turun.

Tetapi apabila kita turun otot,turun 8 kg,tetapi shape badan tidak berlaku,kebarangkalian mungkin turun otot bukan lemak.Tetapi indikasi yang paling mudah nak tahu sama ada kita turun lemak bukan otot adalah sepanjang program turun berat badan kita berlapar.

Jadi sekali lagi sebelum menutup tirai,ayat sweet sikit...

Perkara yang perlu dipastikan untuk dapatkan shape badan dalam proses penurunan berat badan

1)Meal Plan yang seimbang cukup semua karbohidrat,protein,fiber,air ,lemak dan nutrisi.
2)Tidak berlapar dalam program turun berat badan anda.
3)Mengambil kuantiti yang cukup bersesuaian dengan berat badan anda.
4)Variasikan aktiviti senaman anda,banyakkan weight lifting .Kardio diperlukan tetapi aktiviti untuk otot sangat penting.Ambil nutrisi dan protein sejurus selepas workout,
Team Cikgu dari Utara yang amalkan nutrisi
Walaupun turun banyak,tetapi badan memang shape
5)Minum air yang cukup,setiap 25 kg berat 1 liter air,jika berat 80 kg perlu 3.5 liter air kosong ya,

Amalkan pemakanan yang seimbang dan balance ya.

Sabar dari sehari ke sehari.Jangan terlalu mengharap perubahan drastik,tetapi cukup terbakar 400 ke 500 kalori sehari dari program turun berat badan anda,Khalid sharekan sedikit sahabat-sahabat saya yang berjaya shape up badan seiring dengan penurunan berat badan.


Kak Wan loose 14 kg ja,,,tapi body memang shape

Apa apa pun keep smiling dan enjoy the moment ya.In shaa Allah semuanya pasti akan tercapai.


Coach Abdul Khalid Abdul Mukti
0172305309 (Boleh whatssup ya soalan )
Coach For Weight Management

Monday, April 4, 2016

KENAPA PERLU UBAH TOTAL GAYA HIDUP BILA NAK TURUN BERAT BADAN?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Apa khabar hari ini? Hopefully semuanya sihat dan sejahtera,dan dalam progress yang terbaik untuk dapat impian kita .Sama ada kesihatan atau kehidupan,kita sentisa menuju ke arah yang lebih baik,.

Hari ini saya nak share sedikit tentang pengalaman saya dalam program coaching untuk turun berat badan dan ubah gaya hidup,persoalan yang khalid dapat adalah berapa lama,kenap susah sangat atau bila nak patah balik kepada seperti dahulu.Keadan asal adalah boleh makan banyak dan enjoy semula pemakanan yang dikatakan pantang semasa berdiet.

yes..yes...makan!!


Ok jadi terlebih dahulu,saya akan terangkan bahawa,sebab apa berat badan kita naik?
Jawapannya :
Kita telah menambah kalori atau tenaga berlebihan dari pemakanan kita selama ini..
Bermaksud kita tak perlu pun tenaga dari makanan tersebut,tetapi kita makan juga,
Contoh yang banyak kali saya share adalah pemakanan seharian rakyat Malaysia.



Pagi : Nasi Lemak Kosong(yang berlipat dalam daun pisang tanpa lauk) + Teh O   = 650 calori
10 Pagi : Kuih 1 biji = 150 calori
1 pm : Nasi +Ayam +Sayur kuah banyak + Sirap Bandung = 900 calori
4 pm : Karipap 2 biji 300 calori
8 pm : Kueyteow Goreng + Telur Mata 900 kalori.

Total kalori 1 hari adalah 2900 calori...ini adalah normal,
Tak termasuk hari raya atau keluar berjalan.
Atau mengkerepek..maaf ya,istiah saya makan kerepek..
Boleh cecah 4000 kalori sehari.
Semuanya menjadi lemak!!!!



Berapa yang kita perlukan?
Lelaki Malaysia 2200 kalori
Wanita Malaysia 1500 kalori

Bayangkan lebihan lelaki (700 calori) wanita (1400 Calori)

Sepertimana yang kita ketahui,7700 kalori terkumpul = 1kg..
Saya biasa terang begini 700 calori sehari bertambah 100 gram lemak sehari..
Banyakkan ..itu untuk lelaki..wanita 200 gram sehari..
Lemak yang tidak diperlukan,,,,
Takutkan dengar..jadi cuba bayangkan....
Jika anda perlu turun 20 kg,bermakna 20 kg lemak yang perlu dibuang...

Masha Allah,dari pemakanan kita dan gaya hidup kita

Jika 20 kg,,,,bermaksud 150,000 ke atas kalori berlebihan yang telah terkumpul..



5 paun adalah 2.5 kg lemak,20 pound adalah 9.9 kg lemak!!!



Jadi bagaimana diet secara konsepnya,membuang lemak?
Setiap hari,meal plan yang disusun secara coaching adalah 1000 kalori sehari.
Jadi jika wanita,akan bakar lebihan 500 kalori,
Dan lelaki 1200 calory sehari..
Tapi ingat..bukan proses sehari atau seminggu..sebab jika 500 calory sehari bersamaan 90 gram lemak,,
Perlu berusaha utk buang lagi 19.9 kg lemak,atau 153,500 kalori lagi..
Lemak di atas ya....
Bayangkan terlebih 2.5 kg lemak sahaja


Banyakkan...sebab itu proses bukan sehari...tetapi berbulan-bulan.
Dan selepas turun berat badan.1 lagi proses yang perlu diingat....
Teruskan....sampai bila...
Sampai bila-bila..cuma..bonusnya kalori bukan lagi 1000 kalori utk meal plan.
Tapi ikut metabolisma asas...iaitu lelaki 2200 kalori,wanita 1500 calory

Kami masih enjoy makan,tapi berdasarkan metabolisma,,lebih mudah sekarng.Coaches Berjumpa


Jadi sebab itu penting sangat-sangat ada tambahan bersukan,untuk bantu bakar lemak lebih banyak.Dalam 1 hari,sekali berjoging dah bakar 200 calory...sikitkan,,tapi banyak perubahan akan berlaku..jika kita consistent setiap hari.

Lemak lama perlu dibakar...lemak baru jangan pula dibina ya..

Denagn itu perubahan gaya hidup mesti dilakukan,nak tak nak kena buat.Jika tak akan jadi yoyo,turun 3 kg..naik 3 kg...sampai bila betulkan.
Sebab itu coach itu penting dan mindset positif dan konsistensi sangat -sangat penting.

Jadi..jom ubah tabiat makan,,kita tak perlu kalori lebih tu,hanya jadi lemak sahaja nanti..Kan?

Assalamualaikum dan selamat malam.




Abdul Khalid Abdul Mukti
Jurulatih Turun Berat Badan dan Gaya Hidup Sihat Aktif.
Whastup saya di 072305309
Follow me on IG @coachkhalidmukti di IG ya