Friday, March 18, 2016

EAT CLEAN? MAHU TAPI SGT BOSAN....



Apabila kita baru bermula untuk tampil kurus dan lebih sihat,idea pertama keluar pasti-pasti adalah DIET dan amalkan pemakan secara sihat.

Tetapi bila ditanya pada setiap individu...bagaimana mahu berdiet ,
Antara jawapan...-tak mahu makan..-elak makan nasi -makan sayur sahaja -diet protein -tidaqk bersarapan

Dan kadang-kadang kita berjumpa,mungkin kawan-kawan kita sudah berdiet..tetapi berat tidak turun..
Mungkin cara tidak tepat...ataupun kebanyakkan kita menggunakan logik...
Tak makan ..maka lemak terbakar...
Bersenam akan bakar lemak lama...

Adakah ia semudah itu...? Pasti-pasti tidak...

Teatpi sedikit kunci Khalid boleh share adalah dengan pemakanan yang sihat,bagi mereka yang alami cabaran berat badan,cuba amati adakah kita mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat atau tidak?

Pasti...cuba renung apakah habit pemakanan kita? Nilaikan..pasti apa yang dimasukkan ke dalam badan semasa kita lapar,hanya cukup melepaskan rasa lapar...tetapi kalori tinggi..

JADI...JIKA CARA BEGITU KITA NAIK BERAT BADAN..
.PASTI UNTUK DAPAT BERAT IDEAL...
CRANYA ADALAH SEBALIKNYA KAN...


Mari kita bermula dengan

TABIAT PEMAKANAN SIHAT 

Credit kepada Majalah Rapi Mac 2016

Apa itu Eat Clean?
Sebenarnya Eat Clean bukan sesuatu yang baru atau suatu konsep diet tetapi ia adalah tabiat pemaknan sihat.
Ia adalah membuat pilihan makanan yang lebih sihat dalam setiap kumpulan makanan yang tinggi dalam kandungan lemak,garam,gula dan makanan diproses.Sebenarnya amalan eat clean adalah kita mengambil kuantiti seimbang setiap keperluan kita di dalam piramid makanan,Ingat ya,punca kita pemakanan kita menjadi kurang sihat adalah kerana kita banyak ambil makanan yang tak sepatutnya kita makan....berlebihan.

Jadi eat clean adalah amalan pemakanan yang dapat gabung kumpulan nutrien penting serta cukup keperluan tenaga untuk melakukan aktiviti harian.Jadi eat clean sebenarnya untuk memberi kita tenaga juga....bukan dengan hanya berlapar.

Sebenarnya setiap pemakanan di dalam piramid makanan adalah penting dari pelbagai jenis fungsi dan kebaikan..Eat clean lebih tepat ,pemilihan makanan yang lebih sihat diutamakan dalam setiap kumpulan makanan,Antara amalan eat clean adalah :

1)Pemilhan karbohidrat kompleks dan produk berasaskan bijirin penuh daripda karbohidrat ringkas.
2)Pegambilan dua sajianm buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari.

3)Pengambilan sumber protein dengan cara masakan lebih sihat tanoa penggunaan minyak yang banyak.
4)Penambilan makanan dalam kuantiti yang sederhana.
5)Tidak mengambil makanan yang tinggi kalori,lemak,garam ...dan gula.Terdapat banyak makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan nutrien yang lain.
6)Tidak mengambil makanan yang diproses tetapi lebih kepada pengambilan makanan yang segar atau menggunakan cara masakan yang lebih sihat seperti panggang,stim,rebus dan bakar.

 
Semua tak boleh dimakan ke kalau nak sihat?

Berita baik...
Eat clean boleh diamalkan oleh semua orang pada setiap peringkat umur kerana ia adalah amalan pemakanan sihat.Jadi tidak semestinya wanita sahaja mengamalkan eat clean.Teatpi apabila seseorang wanita mengambil makanan sihat juga secara tidak langsung dapat mendidik keluarga juga menjadi lebih sihat dengan tabiat pemakanan ini.

Sebenarnya,eat clean dan eat healthy adalah kunci kepada pengekalan berat badan yang sihat dan pencegahan penyakit berkaitan pemakanan.Ianya juga berkesan untuk menurunkan berat badan jika diamalkan secara konsisten.

Melalui perkonsian Munirah Mohd Nasir,Penolong Pengarah Pegawai Sains Pemakanan Bahgian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dalam majalah Rapi,eat clean tiada keburukan.Dan formula untuk kela sihat yang perlu kita sentiasa ingat adlah makan secara sihat serta aktiviti fizikal.Kedua-duanya sama penting.
Bersnam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Tidak ada jalan pintas untuk sihat,sama ada tua atau muda,
Ramai juga yang obses dengan eat clean ini sebab untuk cepat kurus sehingga berat ideal sahaja.Ingat ya eat clean perlu dilakuakan secara verterusan untuk mengelakkan serta pencegahan penyakit. ya.

CHEAT DAY?
Apabila kita terlalu mengatur makanan..hingga stress..kita membuat satu hari sebagai cheat day!   Lepas geram katanya...sebab stress seminggu. ..

Comelkan....

Boleh...seperti ini ya..
Sekiranya anda teringin makan sesuatu yang tinggi lemak,contohnya kek coklat,anda perlu tahu pada hari tersebut,,anda perlu tingkatkan aktiviti sipaya seimbvang kalori yang dimakan dengan yang dibakar.Apabila kita faham tentang kalori ini,berapa kadar metabolisma...In Shaa Allah..kita mampu kekalkan berat badan.

Eat clean sebenarnya sangat sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang menghidap penyakit.Kerana amlan yang ditekankan dalam eat clean dalah sgt sesuai,Bagaimanapun  tanya doktor dahulu ya.

Sebenarnya...adakah eat clean bosan...
Cuba kita ubah mindset dahulu..tanya soalan ini 
1)Adakah tabiat makan kita sebelum ini menyihatkan atau menggangu kesihatan kita?
2)Adakah  tabiat makan kita menyebabkan kita naik berat badan?
3)Adakah sekarang kita semakin berjaga-jaga untuk makan,akibat cabaran penyakit,serta makan terlbih sedikit berat badan naik?
4)Adakah kita sudah rasa pemakanan kita sekarang agak sama sepanjang masa,banyak minyak lemak gula garam,,dan akhirnya membuatkan badan kita letih sahaja dan lesu?

Jika ya untuk keempat soalan,tiba masanya berubah.
Sebab eat clean sebenarnya bukan sahaja beri peluang kita dapat rasa kesihatan kita dan kesegarannya,malah in shaa ALlah hingga ke hari tua kita tiada kawalan makanan,kerana  kiat berjaya menjaga kesihatan kita.

Sebenarnya ikut pengalaman khalid tak rasa lagi...jika dah rasa...
Pasti akan teruja dan best,

Berikut antara 8 langkah Eat Clean:

1)Makanan segar,sayur-sayuran yang dipetik dibelakang rumah,serta bukan diproses.
2)Pilih satu sahaja ya.JIka makanan mengandungi satu bahan,fikir tentang susu,brokoli,quinea,ayam dan sumber kekacang.
3)Makan mentah,untuk sayur dan  buah-buahan yang tidak dimasak dan diproses.
4)Pilih yang organik,kerana ia bebas bahan kimia,racun serangga.
5)Pilih makanan yang anda ketahui.Tahu isi kandungan,kalori,lemak,minyak gula dan garam,Jika tak tahu,baik kita elakkan.
6)Elakkan gula,jika masih nak makan...apa kata ambil madu,
7)Masak di rumah,selain kita dapat vkawal kandungan seperti minyak dan garam serta lain-lain.Kita juga dapat mengawal kebersihan 
8)Nikmat dan enjoy,fikir yang menarik bukan diet semata-mata.ulang selama 21 hari..dan tabiat kita akan jadi secara semula jadi,




 Ok..in next session Khalid share resepi healthy meal..atau eat clean...
Yang ini khalid share boleh bagi anda sedikit bayangan tentang eat clean..
Actually sgt2 best...in sha Allah..



Jenis aturan makanan bila eat clesan
Ingin ubah tabiat makan dan gaya hidup?
Turun berat badan dengan sihat?
Coach Khalid 0172305309

No comments:

Post a Comment