Saturday, June 10, 2017

TIP BERBUKA PUASA LEBIH SIHAT!

Alhamdullilah,menyusul Ramadhan ke 16 pada hari ini,coach berharap semua berjaya untuk terus on track untuk membina tabiat baru dan pemakanan baru di bulan Ramadhan ini.Pasti pasti ramai yang mengikuti coach di instagram teruja untuk menurunkan berat badan.

                                       Dan hari ini coach berkongsi dalam group coaching coach tentang lebih kepada fokus membina tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat lebih dari turun berat badan semata mata.Ini adalah kerana bila kita ubah tabiat ia akan jadi long lasting berat badan kita ke tahap yang lebih ideal,dan in shaa Allah,kita dapat elak dari naik semula berat lama.Untuk membina tabiat mengambil masa 21 hari ke atas,dan bersyukur di bulan Ramadhan ini adalah masa untuk makan sangat terhad,maka sangat sesuai untuk kita dapat bina tabiat ini seiring dengan bulan ramadhan.Bila  hari raya menjelang kita dah berjaya bina tabiat baru yang lebih sihat dan tak mesra lemak.Maka tak risau dengan hidangan banyak di har raya lagi,In shaa Allah


Baiklah coach share sedikit tips yang boleh diamalkan untuk berbuka puasa dengan lebih sihat ya,dan moga dapat mengawal kalori dengan lebih baik.

1)Minum air masak dan ambil buah-buahan dahuku sbeleum makan nasi atau sebarang jenis makanan.Ini akan membuatkan kita lebih kenyang dan bantu untuk kawal pengambilan makanan selepas itu.

2)Pastikan hidangan yang dimakan adalah seimbang.Pemakanan seimbang adalah berpandukan keperluan tubuh badan.Pastikan anda makan pelbagai jenis makanan yang merangkumi setiap aras.
3)Pastikan saiz hidangan yang diambil adalah mengikut keperluan tubuh badan anda.Sekiranyan anda ingin mencuba pelbagai jenis hidangan,pastikan saiz setiap hidangan sedikit ya.Elakkan makan mengikut selera,atau pilih makan ikut selera.Sebab kalori berlebihan akan sangat sangat mudah berlaku.
4)Kurangkan pilihan makanan yang tinggi lemak seperti rendang,lontong,kari bersantan,lemang dan sebagainya.Anda masih boleh menjamahnya tetapi bukan dalam kuantiti yang berlebihan
5)Lebihkan pengambilan hidangan yang lebih sayur & buah yang tinggi serat.Ia akan buat kita rasa kenyang lebih lama.Dan sekiranya ada hidangan buah-buahan,makan buah terlebih dahulu untuk elak kita makan berlebihan

Turutan makanan yang boleh diamalkan semasa berbuka ya
1)Minuman air kosong (sejuk pun tiada masalah)
2)Kurma 3-5 biji
3)Hidangan ringan
4)Buah-buahan



Dan kemudian solat Maghrib dahulu.

Ini akan buat perut lebih tenteram dan makan lebih terkawal.
Selamat berpuasa ya semua...⌣⌣⌣
.