Saturday, March 26, 2016

Bagaimana untuk tidak stress ketika proses turun berat badan?

         Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semoga hari anda bertambah baik pada hari ini,in shaa Allah.


Hari ini Khalid nak share sedikit tips diharap boleh membantu anda atau sesiapa dalam program pengurusan berat badan.Moga dapat membantu mencapai hasil dengan lebih positif dan menyeronokkan

Ramai yang apabila Khalid coach,dan jumpa dalam proses berat badan,ataupun yang baru terfikir nak bermula bertanya...

Susah kan,berapa lama,sampai bila kena berlapar,mahal ker? Dan pelbagai persoalan,yang diajukan menunjukkan program penurunan berat badan adalah proses yang rumit,penat,dan stress.
Bilalah aku boleh makan balik?Stressnyer

Tidak dinafikan,apabila kita nak turun berat badan yang berlebihan,perkara pertama yang keluar adalah 

DIET!!! Diet adalah bagaikan penjara yang kita tak boleh makan apa yang sedap sedap.Dan pasti hidangan atau menu terbayang sayur sayur...ikan rebus dan sayur...

Bila memikirkan begini,pasti-pasti kita akan bertambah stress.Belum lagi bermula...sebab itu perkara pertama yang terbayang...kalau boleh turun 10kg...sebulan..lepas ni nak makan sepuas-puasnya.

Saya sendiri pun nak ubah dari makan 6 kali kepada 2 kali...dan healthy lagi bila makan,faham ia bukan proses mudah...tapi sebenarnya sangat-sangat berbaloi.

Jadi jika anda bertanya lagi soalan tersebut kepada Khalid,saya mungkin tiada jawapan yang tetap.Kerana ia adalah subjektif,pandangan setiap manusia berbeza-beza.Tapi apakata,khalid bawa pendekatan berbeza sedikit,ubah cara kita berfikir....

Apabila kita naik berat badan...maka yang terlebih dalam badan kita adalah lemak.Betulkan...
Jika yang naiknya otot,pasti-pasti kita dah sado,jika berat ideal 55 kg...tapi atas penimbang 80kg...Dan kita memang jarang workout...pasti-pasti 25 kg adalah lemak,,,Bayangkan lemak 25 kg...

Ini baru 500 gram lemak,kalau 25 kg?


Cuba fikirkan andai,kita tidak ambil langkah pencegahan dan berubah,ulang sahaja gaya pemakanan yang membawa kita ke berat ini.
Pasti sekali berat kita akan jadi dua kali ganda extra...
Cuba bayangkan ..3 tahun dari sekarang...berat telah bertambah 25 kg lagi..

Pasti kecergasan kita akan berkurang,dan lemak lebih banyak dalam badan berbanding dahulu.

Badan akan cepat letih,tidak selesa dan rasa tidak segar.
Cuba lihat pakaian apa yang boleh dipakai?
Pasti kita sendiri tidak suka..bukan...sebab kena beli semuanya baharu.

Berat badan dijaga bukan kerana penampilan sahaja ya,Apabila kita telah berlebihan berat badan,mengikut kajian risiko  penyakit akan meningkat sebaik sahaja berat badan kita meningkat.
Malah,jika kita menurunkan berat badan,kita sebenarnya mengurangkan risiko penyakit gaya hidup.


Bayangkan risiko penyakit akibat lemak berlebihan!!!


Dan cuba bayangkan,dalam keadaan badan yang tidak segar,kita mengulangi makanan yang sama,kalori tinggi dan berminyak.Betul ker?
Betul,sebab ia telah jadi tabiat kita.Sebenarnya apabila kita mengulangi tabiat makan tidak sihat selama 21 hari.Ia akan jadi tabiat yang kuat.

Maksudnya bila kita diberikan buffet makanana yang banyak,,,kecenderungan kita memilih makanan yang membuatkan kita naik berat badan sangat tinggi,Jadi walaupun diri dah rasa bersalah,tapi kita tetap ambil kerana telah menjadi blue print dalam minda kita...Kita perlu makan makanan tersebut.

TABIAT!

Dalam keadaan berat badan berlebihan,tidak selesa,penat letih,dan stress,kita terpaksa untuk makan yang sama.Ingin berubah tapi rasa sukar sangat,
Owh ya sebab apa kita cepat letih bila naik berat badan,sebab kita terpksa menggalas beban berlebihan.

Cuba bayangkan andai kita terlebih 25 kg dari berat ideal.Ia diumpamakan kita membawa 5 kampit beras 5 kg.Wow ..beratkan...

Ok,yang khalid sebutkan adalah perkara yang akan berlaku andai kita tak berubah,
Jika kita berubah,pasti berbagai yang boleh kita nikmati...
Dan rasa lebih segar....
Dan 6 hari makan sihat....1 hari makan sepuas-puasnya..
Boleh cuba itu..cuba ini...tanpa perlu risau elok ke tak elok ker..


YEAY...HARI ENJOY!!



Sebenarnya,cara kita berfikir itu yang perlu berubah,sebnarnya makan secara sihat sedap.
Cuma kebiasaan kita yang menyebabkan untuk mencuba sesuatu yang baru,buat kita risau..dan takut.
Selain itu,kita kerap terfikir apa orang kata.

Khalid bagi tips senang,nanti boleh pakai yang sesuai,atau rasa lebih segar....kita yang akan dapat manfaat.Bukan pengkritik tetap ya.

Dan apabila kita meningkat usia,lebih 29 tahun.Metabolisma kita makin rendah,proses pemulihan kita makin lambat,dan otot makin mengecut,tulang makin rapuh.
Bermaksud,cara pemakanan makan saja,setiap hari tidak sesuai sangat-sangat untuk badan dan kesihatan tubuh badan.

Jadi sebenarnya,kita bukan berdiet,tetapi kita sedang mendidik diri kita cara pemakanan yang betul.
Yang sebenar-benarnya untuk badan kita,




Dan sebenarnya,kemahiran turun berat badan ini adalah skil yang sangat penting.Nanti bila ternaik,mudah sahaja untuk turun.Sebab kita dah mahir.
Bagi sesiapa yang baru bermula proses ini,ini adalah pelaburan terbaik untuk anda.
Seperti mana kami di Road Trip Hatyai makan aduhai memang banyak..dan semua naik 2 kg...




Tapi selepas pulang sahaja...dalam seminggu semua berjaya menghilangkan 2 kg tersebut.
Sebab mahir,2kg lemak ya bukan otot ya.

Anda pasti boleh lakukan,in shaa Allah.Sebab itu mindset adalah 100% kunci pengekalaan berat badan atau penurusan berat  badan atau sihat.

Selamat pagi sekali lagi.
Coach Khalid 
Jurulatih Pengurusan Berat Badan
Boleh PM atau whatsuputk pertanyaan tentang turun berat badan
0172305309



No comments:

Post a Comment